
Sulit
4 tahun
Takut mengandung kerana tiada protection
sya wanita berumur 20an, sya tlh mnjalani bersama suami tnpa protection, kami belum bersedia utk menjadi ibu bapa, walaupun suami saya memancut di luar dan mencuci serta kencing setiap kali selepas pancut, serta sya tlah mngambil ubat perancang yasmin setelah 60jm kmi bersama adakah ubat itu dpt membantu saya dari tidak mnegandung? atau adakah saya telah silap mengambil ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, pil yang diambil oleh anda merupakan pil perancangan keluarga dan perlu mengambilnya secara konsisten. Sebagai maklumat tambahan, adalah mustahil untuk seseorang wanita hamil sekiranya air mani tidak dilepaskan ke dalam faraj. Namun begitu, ia tidak menolak risiko untuk anda hamil. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan bantuan boleh diberikan kepada anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.