
Sulit
4 tahun
Tekanan darah saya 138/90… Tinggi ke normal
Tekanan darah saya 138/90… Tinggi ke normal…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu bacaan 138/90mmHg. Untuk makluman pihak anda, anda mungkin hampir mengalami penyakit darah tinggi kerana bacaan darah tinggi adalah 140/90 mmHg atau lebih.
Anda harus mengambil tekanan darah anda setelah cukup tidur, tanpa minum kafein atau merokok dan dalam keadaan tenang.
Risiko tertentu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, seperti:
- Merokok
- Minum alkohol yang terlalu banyak
- Makan makanan tidak sihat
- Kebimbangan
- Kemurungan
- Pengasingan dari rakan dan keluarga
- Stres
- Obesiti
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk penialian teliti. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.