
Sulit
3 tahun
Terlambat haid dan sakit pinggang, pregnancy test negative
saya wanita 20 tahun. saya mengalami haid yang teratur dan tidak pernah terlewat haid. tetapi haid terakhir saya habis pada 30/3. saya juga mudah letih dan sakit pinggang serta punggung. kadang2 cramp seperti senggugut tapi tidak keluar darah. saya sudah mengambil UPT 2 kali dan keduanya -ve. dan bercadang untuk mengambil ujian kali ketiga kemudian.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Walau bagaimanapun, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh (i.e. sakit pingang, perut membesar, dll.) juga boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi yang berbeza dengan darah haid yang lazimnya di dapati)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- tanda-tanda pelvic inflammatory disease
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.