
Sulit
4 tahun
Tidak keluar keputihan tanda apa
Hi doc saya tanya apakah tanda hari kering tanpa keluar sebarang discharge? Adakah ia normal? Kebiasaannya, keputihan akan selalu keluar tapi lately ni tak keluar and saya dah 3 hari late period than expected date. Adakah ia sebagai tanda saya akan period tak lama lagi? Saya juga mengalami symptom pms yang lain tetapi masih tidak keluar haid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Tetapi saya tidak begitu pasti apa yang anda maksudkan dengan hari kering, sekiranya ia membawa maksud kekeringan vagina, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Kemurungan
- Menyusu
- Aktiviti lasak yang berlebihan
- Merokok
Untuk makluman anda, haid yang lewat pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk pertanyaan anda tentang keputihan, keputihan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen wanita. Selalunya, keputihan adalah perkara normal terjadi pada wanita. Namun, tidak semua wanita mengalami keputihan dan ianya juga adalah dianggap normal. Tambahan, keputihan yang kotor dan berbau juga dapat menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Dalam hal ini, ianya memerlukan pemeriksaan lanjut yang lebih teliti.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.