
Sulit
4 tahun
Ubat gastrik resistance
Hi… Saya dpt ubat untk gastro resistant… Saya masih susu kan anak yg berumur 3 thun… Sesuai x Pengambilan ubat ini ketika mnyusu?
Ubat trsbut mempunyai active ingredient pantoprazole sodium sesquihydrate

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ubat pantoprazole merupakan ubat untuk merawat masalah GERD. Untuk makluman pihak anda, setakat ini tiada kajian yang menunjukkan bahawa ubat ini berbahaya untuk wanita yang menyusukan bayi atau untuk ibu mengandung. Oleh itu selamat untuk anda mengambil ubat ini terutama sekali sekiranya ubat ini diberi oleh doktor anda.
Selain itu antara langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan masalah ini adalah:
Makan dalam jumlah yang kecil, jangan makan terlalu banyak sekaligus
Kunyah makanan dan elakkan terus telan makanan
Apabila baring, pastikan tidak terlantar. Naikkan kepala lebih dari paras perut dengan meletakkan dua buah bantal.
Jangan baring selepas makan. Tunggu 2 hingga 3 jam.
Elakkan pakaian yang terlalu ketat atau tali pinggang yang terlalu ketat.
Jika berat badan anda berlebihan, bersenam untuk mengurangkan berat badan boleh membantu.
Berhenti merokok.
Elak ubat yang memperlahankan pergerakan usus
Elak ubat yang menghakis lapisan perut
Mengelak stres
Antara makanan yang juga mungkin membawa kepada pedih ulu hati dan boleh cuba dielak di samping menerima rawatan pedih:
- Minuman panas
- Makanan pedas
- Minuman yang mengandungi alkohol
- Minuman bergas
- Kopi
- Coklat
- Buah-buahan yang tinggi kandungan asid citrus seperti limau, oren
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.