Sulit

4 tahun

Berapa lama kesan rawatan kemoterapi kekal dalam badan

Salam sejahtera. sy baru selesai menjalani rawatan kemoterapi pada bulan oktober lalu. soalan sy berapa lamakah kesan ubat kemoterapi akan hilang dalam badan? Sekarang sudah 2 bulan sy tamat rawatan tetapi sy mengalami gatal² serta ruam di badan, kulit muka dan kepala kering serta mengelupas, sukar tidur malam sudah melebihi 1 bulan setengah dan gangguan physikologi- sy sering memikir benda yg bukan² walaupun hal yg remeh. adakah itu sebahagian dari kesan rawatan kemoterapi?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang kesan sampingan kemoterapi. Untuk makluman anda, 75 peratus daripada pesakit melaporkan masalah berkaitan dengan fokus, pemikiran, dan daya ingatan jangka pendek semasa kemoterapi. Gejala ini mungkin berterusan selama beberapa bulan atau tahun selepas rawatan bagi 35% daripada pesakit kanser.

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi termasuklah:

  1. Mual dan muntah
    Ia biasanya menjejaskan 70 peratus daripada pesakit. Ubat anti-emetik boleh membantu dan ia perlu diambil walaupun gejala telah hilang, untuk mengelakkan gejala kembali semula.

  2. “Alopecia” atau rambut gugur
    Rambut mungkin mula gugur atau menjadi nipis atau rapuh beberapa minggu selepas rawatan bermula dengan beberapa jenis kemoterapi. Ia boleh menjejaskan mana-mana bahagian tubuh badan. Rambut biasanya akan tumbuh semula tidak lama selepas rawatan selesai.Kuku juga boleh menjadi rapuh dan merekah manakala kulit mungkin menjadi kering dan sakit serta terlalu sensitif terhadap cahaya matahari.

  3. Kepenatan
    Keletihan adalah kesan sampingan yang biasa terjadi. Ia mungkin berlanjutan sepanjang hari atau hanya selepas aktiviti tertentu. Pesakit perlu mendapatkan rehat yang cukup dan elakkan diri daripada melakukan tugas-tugas yang memenatkan.

  4. Masalah pendengaran
    Kesan toksik daripada kemoterapi boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran secara sementara atau kekal bagi sesetengah pesakit.

  5. Sel darah putih yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit
    Apabila menerima rawatan kemoterapi, sistem imun akan lemah kerana jumlah sel darah putih akan berkurang. Ini dikenali sebagai neutropenia. Sel darah putih merupakan sebahagian daripada sistem imun kita, dan ia berfungsi melawan jangkitan. Ini boleh menjadikan pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

  6. Sel “platelet” yang rendah dan masalah pendarahan
    Juga dikenali sebagai “thrombocytopenia”, ia boleh menyebabkan masalah pembekuan darah. Platelet adalah sejenis sel darah yang membantu darah membeku. Jumlah platelet yang berkurangan boleh menyebabkan lebam atau pendarahan, contohnya, hidung berdarah dan gusi berdarah. Pengaliran darah dari luka yang kecil mungkin sukar untuk dihentikan.Jika jumlah platelet terlalu rendah, pesakit akan memerlukan pemindahan darah.

  7. Sel darah merah yang rendah dan “anemia”
    Sel darah merah membawa oksigen untuk semua tisu di dalam badan. Sel darah merah yang rendah akan membawa kepada penyakit “anemia”. Gejala yang terlibat termasuklah keletihan, sesak nafas, dan rasa berdebar-debar.

  8. “Mucositis”
    Mucositis, atau keradangan membran mukosa, boleh menjejaskan mana-mana bahagian sistem pencernaan, termasuklah mulut, esofagus, perut, usus, rektum, dan dubur.

  9. Kurang selera makan

  10. Kehamilan dan kesuburan
    Ramai pesakit akan kehilangan minat seks secara sementara semasa kemoterapi.” Libido” biasanya akan kembali selepas rawatan selesai.

  11. Masalah usus
    Cirit-birit boleh terjadi apabila sel-sel yang rosak tiba-tiba dikeluarkan daripada badan. Sembelit juga boleh berlaku. Gejala-gejala ini sering terjadi beberapa hari selepas rawatan bermula.

  12. Masalah kognitif dan kesihatan mental

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)