Sulit
2 tahun
Medical check up untuk sektor pekerjaan
Saya memerlukan medical check up untuk memasuki sektor pekerjan awam. Adakah pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di klinik kesihatan terdekat ataupun perlu membuat temujanji di hospital besar seperti hkl?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pemeriksaan kesihatan untuk memasuki sektor pekerjaan boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran ataupun di hospital. Untuk memudahkan urusan anda, anda dinasihatkan untuk menghubungi terlebih dahulu klinik kesihatan tersebut untuk membuat temujanji pada hari tertentu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.