Sulit
2 tahun
Possibility untuk temlat jahit terbuka atau luka
Hello doc… Saya telah menjalani pembedahan di ketiak (3 bln lalu)… Adakah kemungkinan untuk tempat jahit terbuka atau luka semula sekiranya garu dgn kerap ? Tempat tersebut kerap berpeluh & terasa gatal… Ianya juga akan berasa sakit semula…
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini adalah seperti:
- Parut semakin besar dan melebar akibat jahitan yang tidak merapat. Kadangkala ia akan menyebabkan saraf kulit tumbuh ke dalam parut menyebabkan ia rasa sakit
- Luka yang terbuka kembali akibat jahitan yang tidak kemas atau penjagaan yang tidak betul. Kadangkala lokasi parut juga memainkan peranan seperti kawasan yang sering diregangkan oleh pergerakan harian. Perkara ini juga dirujuk sebagai penghasilan parut yang kurang.
- Jangkitan kuman pada parut atau jahitan luka
- Penumbuhan keloid yang disebabkan oleh penumbuhan kulit parut yang tidak terkawal.
- Penghasilan pendarahan yang tersembunyi akibat dari pembedahan yang telah dilakukan.
Saya sarankan anda untuk memberi jahitan tersebut untuk sedikit masa lebih untuk sembuh serta menjaga parut tersebut daripada sebarang kecederaan dan menjaga kebersihan pada kawasan tersebut. Sekiranya anda perkara ini berlarutan dan anda merasakan jahitan tersebut semakin sakit atau bengkak, saya menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang melakukan pembedahan tersebut bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.