Sulit
2 tahun
Hyperthyroidism & cadangan pemakanan
Saya wanita berusia 29 tahun,baru lepas keguguran dan di sahkan ada hyperthyroidism. Boleh doc beri cadangan pemakanan utk pesakit hyperthyroidism? banyak yang saya baca,kesan dari hyperthyroidism adalah penurunan berat badan,tapi saya makan sepeti biasa. kadang kala,benjolan di leher membesar dan membengkak (keras). terima kasih atas nasihat doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah hyperthyroidism dan ingin mnegetahui tentang pemakanan yang bersesuaian dengan masalah ini. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti garam iodin, ikan dan kerang, rumpai laut, makanan atau minuman tenusu, telur kuning. Minuman yang mengandungi kaffein akan menerukkan masalah hipertiroid anda. Anda disarankan untuk makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.
Bagi pesakit hipertiroidisme, metabolisme badan mereka meningkat dan menyebabkan mereka selalu lapar dan perlu makan dengan kerap. Pemakanan yang seimbang digalakkan. Mereka harus mengambil makanan yang rendah kolesterol, makanan berprotein, dan kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.
Pengambilan makanan yang manis harus dikawal kerana pesakit hipertiroidisme mengalami masalah pencernaan gula. Mereka juga perlu meningkatkan pengambilan kalori untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.