Sulit
2 tahun
Kanser payudara tahap 1
Saya kanser payudara…Saya hendak bertanya makanan apa yang saya tidak boleh makan… Dan makanan apa yang boleh sembuhkan kanser…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, rawatan kanser payudara adalah berdasarkan tahap ( stage ) kanser tersebut. Secara amnya, rawatan terbahagi kepada:
- Pembedahan; bergantung kepada tahap kanser, kemungkinan sebahagian kecil tisu payudara atau keseluruhan tisu payudara akan dibuang.
- Ubat-ubatan ( chemotherapy )
- Radiasi ( radiotherapy )
- Paliatif (ubatan atau pembedahan); rawatan ini diberikan kepada pesakit kanser tahap akhir dengan tujuan untuk melegakan gejala dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Walaupun ketulan atau tisu kanser telah dibuang, sesetengah pesakit berkemungkinan akan mendapat kanser tersebut semula dan perkara ini bergantung kepada pelbagai faktor.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk menghubungi doktor kita. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.