Sulit
2 tahun
Tentang bahaya nya makan nenas
hai as salamualaikum … sye nk ber tanye ade kah makan nenas dalam kandungan 4bulan bole menyebabkan keguguran … sebab sy tringin sgt nk mkn
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kesan sampingan buah nenas terhadap kandungan anda. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, nenas batu lebih dikenali sebagai buah pain ( pine cone ) adalah buah yang selamat untuk konsumsi. Setakat ini, tiada kajian serta kes yang menunjukkan petanda bahaya atau kesan sampingan membimbangkan kepada ibu mahupun kandungan. Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis pokok pain beracun serta makanan yang perlu dielak ketika mengandung:
- Pokok Pain Beracun
Nama saintifik bagi beberapa pokok pain beracun adalah Pinus Ponderosa, Pinus Contorta serta pokok Yew. Spesis pain ini perlu dielak kerana ia beracun bagi manusia serta binatang. - Ikan serta Hidupan Laut yang Mengandungi Merkuri
Makanan laut adalah sumber protein dan omega-3 yang elok tetapi sesetengah ikan serta kerang-kerangan yang mengandungi merkuri dan membahayakan kandungan. Umumnya, semakin besar dan tua ikan tersebut, semakin tinggi kandungan merkuri. Seperti ikan tenggiri, ikan marlin serta jerung. - Makanan Mentah
Makanan mentah atau tidak masak sepenuhnya juga merbahaya bagi kandungan kerana potensi jangkitan bakteria yang tinggi. Ini termasuk daging lembu, kambing, ayam, telur, ikan dan kerang-kerangan. Sentiasa pastikan penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan dimasak dengan sempurna. - Kafein Berlebihan
Jumlah kafein harian yang disyorkan adalah kurang daripada 200mg sehari bagi ibu hamil. - Sayur atau Buah-buahan Tidak Berbasuh
- Susu Mentah Tidak Pasteur
- Teh herba
- Pengambilan Gula atau Lemak Berlebihan
- Alkohol
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai keraguan, pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.