Sulit
2 tahun
Pemeriksaan Fungsi Hati
Hai Doktor, Saya lelaki, berusia 31tahun, baru2 ini mendapat keputusan ujian untuk fungsi hati. Ujian ini di lakukan di tempat kerja, hasil keputusan adalah
Total Protein : 80 G/L
Albumin : 50 (H) G/L
Glabulin : 30 G/L
A/G Ratio : 1.7
Total Bilirubin : 9 UMOL/L
Alkaline Photophatase 79 U/L
SGOT (AST) : 62 H (U/L)
SGPT (ALT) : 74 H (U/L)
GGT :185 H IU/L
ada 4 bacaan yang tinngi, ada kah ini menunjukkan hati saya sudah rosak teruk, dan kamu ada jual sebarang vitamin atau ubat membaiki fungsi hati. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang keputusan ujian fungsi hati anda. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, interpretasi keputusan ujian atau laporan kesihatan tidak boleh dibuat berdasarkan laporan ujian makmal sahaja. Kebiasaanya doktor akan mengenal pasti gejala serta membuat pemeriksaan fizikal bagi penilaian menyeluruh sebelum membuat kesimpulan.
Oleh itu, saya tidak dapat memberikan sebarang komen tentang keputusan ujian fungsi hati anda. Anda boleh merujuk kepada doktor atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.