Sulit
2 tahun
Cara berhenti dadah jenis heroin
Saya nak bertanya pasal dadah jenis heroin. Bagaimana cara untuk menghilangkan ketagihan dan kesakitan apabila nak berhenti mengambil dadah jenis ini? Pengambilan pula diambil secara hari-hari, dan telah hampir setahun mengambilnya. Bukan taknak berhenti, tapi sejak dari bulan pertama nak berhenti, tapi rasa sakitnya tu bila tak ambil, sangatlah perit. Pernah orang cakap, sakit dalam seminggu saja, lepastu tak sakit dah la. Seminggu? Setengah hari pun tak tertahan. Sakit pinggang, urat rasa nak putus, sekejap sejuk sekejap panas, tak boleh tidur, cirit, muntah, badan jadi tak bermaya, longlai dan lembik terus badan. Jadi ada tak cara lain untuk berhenti dadah? Saya dah hampir hilang kerja dan hidup sebab benda ini. Bantulah saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, heroin boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk serta merosotkan fungsi otak.
Pemberhentian sesuatu yang sebegini boleh menjadi sukar kerana perubahan yang berlaku dalam badan dan kesan sampingan yang mungkin dialami.
Seseorang penagih akan mudah merawat kesan sampingan yang dialami dengan melarutkan lagi ketagihan mereka
Jangan mensia-siakan tubuh badan anda yang sihat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.