Sulit
2 tahun
Kos, Prosedur dan Hospital Bagi Menjalankan Ujian DNA
Salam sejahtera.
Ingin mendapatkan maklumat mengenai kos, prosedur, lokasi hospital kerajaan dan tempoh masa untuk melakukan ujian DNA. Bilangan yang akan menjalani ujian DNA ialah ibu, bapa dan 2 orang anak.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang situasi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kos, prosedur, lokasi dan tempoh masa bagi menjalani ujian DNA. Namun saya tidak dapat memberikan apa-apa maklumat untuk pihak hospital kerajaan. Anda boleh cuba menghubungi pihak mereka untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah kesihatan, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.