Sulit
2 tahun
Kesan selepas makan steroid
Hi doctor…saya sdh 2 bulan stop steroid…tp sy masih berasa lemah,sakit dada,sakit sendi dan bdebar…apakah ini akibat stop steroid?berapa lamakah ia akan berlanjutan?apakah saya perlu berjumpa doc utk mdapatkan ubat tertentu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat steroid tidak boleh diberhentikan serta-merta, terutamanya jika anda mengambilnya untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya anda memberhentikan ubat steroid tanpa pantauan doktor, anda boleh mengalami simptom-simptom steroid withdrawal. Simptom-simptomnya adalah :
- Lemah badan
- Lesu
- Penurunan berat badan
- Rasa loya
- Sakit otot
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Muntah
- Kurang selera makan
- Sakit sendi
Seperti yang anda sedia maklum, ubat steroid perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum diberhentikan untuk memberi masa kepada organ adrenal untuk berfungsi seperti biasa.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera supaya rawatan dapat diberikan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.