Sulit
2 tahun
Pengambilan ubat nexium mups
Doktor,macam mana cara makan ubat nexium mups 40mg??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kedua dua Ranitidine dan Nexium berfungsi mengurangkan asid dalam perut yang menyebabkan sakit gastrik. Nexium perlu diambil sekurang-kurangnya satu jam sebelum makan. Jangan hancurkan atau kunyah kapsul pelepasan tertunda. Namun untuk memudahkan penelanan, anda boleh membuka kapsul dan taburkan ubat ke dalam satu sudu puding, dll. Telan segera tanpa mengunyah.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.