Sulit
2 tahun
Mengatasi masalah air liur basi
hi dokter sy berumur 24 tahun.ada tak cara untuk saya mengatasi masalah air liur basi semasa tidur dan kadang kadang air liur saya meleleh dengan sendiri tanpa saya sedar.hal ini membuatkan saya berasa begitu tidak selesa.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah air liur meleleh dengan sendiri. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Mengenai masalah air liur meleleh, maklumat tambahan diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Antara kemungkinan yang boleh menjadi puncanya adalah:
- Jangkitan kuman
- Radang/bengkak tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- kelenjar air liur yang terlalu aktif
- pengambilan makanan berkanji yang banyak
- batu dalam kelenjar air liur (siadolithiasis)
- masalah saraf seperti myasthenia gravis, Bell’s palsy
Antara cara untuk menangani masalah ini adalah:
- menukar posisi tidur dengan membenarkan graviti menarik air liur ke rongga tekak seperti tidur secara melentang
- meggunakan alat yang membantu untuk merapatkan bibir kerana tidur secara mulut ternganga akan menyebabkan air liur meleleh.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.