Sulit
2 tahun
Orang dewasa nak makan ubat cacing
Saya wanita 33 tahun, ada tanda-tanda sepanjang hari mata sentiasa macam ngatuk, badan selalu letih, selalu tak boleh fokus, selalu keresahan, selalu kemurungan, selalu gelisah. Nak tanya doktor, adakah tanda-tanda ni semua ada kaitan perlu makan ubat cacing? Dan perlu ke jumpa doktor makan ubat cacing atau beli ubat cacing di farmasi sahaja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah:
- Elak input deria yang berterusan
- Elakkan melakukan pelbagai tugas dala satu masa
- Ambil masa untuk berehat sebentar
- Utamakan perkara yang penting terlebih dahulu
- Hadkan gangguan lain
- Cari tempat yang senyap untuk bekerja
Ubat cacing untuk orang dewasa boleh didapati dengan mudah di mana-mana farmasi.
Anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi anda atau berkunjung ke klinik kesihatan untuk mendapatkan ubat ini.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.