Sulit
2 tahun
Dicakar Kucing Perlu Vaksin Rabies?
Ada seekor kucing yang berkeliaran yang telah mencakar jari suami saya sehingga berdarah. Kami tidak pasti kucing itu kepunyaan siapa. Kebelakangan ini juga terdapat kelawar di kawasan rumah kami.
Suami saya telah pun membasuh tempat yang dicakar kucing tersebut dengan sabun. Adakah suami saya perlu mendapatkan suntikan untuk rabies? Kami menetap di Lembah Klang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya seseorang digigit atau dicakar oleh haiwan yang mungkin mempunyai rabies, atau jika haiwan tersebut menjilat luka terbuka, mereka harus segera mencuci sebarang gigitan dan cakaran selama 15 minit dengan air sabun, iodine povidone, atau serbuk pencuci untuk mengurangkan jumlah zarah virus.
Kemudian mereka mesti mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Selepas terdedah dan sebelum gejala bermula, sejenis suntikan akan diberi yang bertindak menghalang virus daripada terus merebak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.