Sulit
3 tahun
Bersenam, yoga,lompat setiap hari bole tambah ketinggian ke?
Hai doktor saya seorang perempuan berumur 14 tahun… Saya nak tanya doktor.adakah bersenam, yoga dan melompat setiap hari boleh tambah ketinggian? Umur saya sekarang ni masih boleh tambah ketinggian ke? Dan bila saya boleh tahu perubahan dan penambahan pada ketinggian saya? Adakah ukuran ketinggian pada waktu pagi selepas bangun tidur adalah ukuran paling tepat dan benar? Mohon pencerahan ya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, ketinggian dipengaruhi oleh beberapa faktor:
- Genetik (keluarga)
- Nutrisi
- Hormon
- Jantina
Zaman remaja merupakan tahap di mana peningkatan ketinggian tubuh badan yang mendadak. Bagi perempuan, ketinggian maksimum akan dicapai sekitar 18 tahun manakala lelaki pula pada 21 tahun. Anda boleh mengukur ketinggian anda setiap 6 bulan atau setahun sekali pada bila-bila masa.
Sebagai maklumat tambahan, bersenam atau bersukan tidak dapat menambahkan ketinggian anda tetapi anda digalakkan untuk bersenam supaya badan kekal cergas dan sihat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.