Sulit
3 tahun
Ketinggian remaja perempuan umur 16 tahun
Saya remaja perempuan berumur 16 tahun untuk tahun 2021,dan tinggi saya buat masa ni cuma 149 (diukur dirumah). Saya start period semasa umur 11 tahun (hujung tahun). Adakah saya tidak akan meninggi lagi? Jika saya masih boleh meninggi,apakah saranan Doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai ketinggian badan anda. Untuk makluman anda, kebanyakan perempuan, akil baligh berlaku antara 8 hingga 13 tahun dan lonjakan pertumbuhan berlaku antara 10 hingga 14 tahun. Penambahan ketinggian bagi perempuan hanya 1 hingga 2 inci dalam satu atau dua tahun setelah akil baligh. Perkara ini berbeza-beza bagi setiap individu. Ketinggian badan seseorang juga dipengaruhi oleh genetik keturunan keluarga dan juga faktor pemakanan. Makanan/ minuman yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu adalah disyorkan untuk tumbesaran tulang yang sempurna.
Lazimnya antara senaman yang boleh mempengaruhi penambahan ketinggian termasuk:
- bergayut
- berenang
- merenggangkan otot
- lompat - skipping
Kekerapan senaman yang disyorkan adalah 3 kali dalam seminggu dengan jangka masa lebih kurang 15-30 minit untuk satu senaman. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukannya di luar kemampuan tubuh atau senaman yang terlalu intensif atau agresif tanpa rehat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.