Sulit
3 tahun
Tingkat ketinggian saya lepas 24 tahun
Saya ingin tingkatkan ketinggian saya, umur saya 24, tinggi 179cm, saya nak naik 1-2 cm je lagi, mcm mana nak push ya, boleh ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Ketinggian bergantung pada gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka selain kesihatan umum dan nutrisi mereka selama tempoh pertumbuhan mereka. Kanak-kanak dengan ibu bapa yang rendah lebih cenderung pendek berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang tinggi.
Untuk meningkatkan tinggi badan, anda boleh mencuba cara cara berikut:
- Mengamalkan postur badan yang baik
- Menguatkan otot-otot teras
- Makan makanan yang bersunberkan protein dan kalsium
- Sering minum susu segar
- Sering berolahraga dan bersukan
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.