Sulit
2 tahun
Cara menambah tinggi badan remaja
Saya remaja lelaki berumur 15 tahun tinggi saya hanya 152cm macam mana hendak menambahkan tinggi badan dari segi pemakanan dan senaman?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Kami memahami kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda ingin mengetahui tentang cara-cara untuk menambahkan tinggi badan dari segi pemakanan dan juga senaman.
Untuk makluman pihak anda, kalsium adalah prasyarat untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan juga membantu kita untuk tumbuh tinggi. Ianya mendorong penyerapan kalsium yang diperlukan untuk menghasilkan tulang yang kuat dan membantu pertumbuhan serta mencegah penyakit seperti scurvy, sakit sendi dan anemia. Oleh itu, makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu dan kacang adalah sangat bagus kerana kaya dengan kalsium.
Dari segi senaman pula, anda boleh melakukan senaman yang dapat menguatkan otot-otot di bahagian abdomen dan di sepanjang tulang belakang. Hal ini adalah kerana otot-otot ini membantu menyokong tulang belakang. Apabila otot-otot ini terlalu lemah, tulang belakang tidak disokong dengan betul dan menyebabkan ia dimampatkan serta boleh menyebabkan pembongkokan. Selain itu, anda juga haruslah mengamalkan postur badan yang baik semasa duduk ataupun berdiri.
Akan tetapi, tahap ketinggian seseorang juga dipengaruhi oleh genetik daripada kedua ibu bapanya. Oleh itu, walaupun pemakanan dan senaman boleh membantu untuk meningkatkan tinggi badan anda, tetapi ia adalah terhad kerana ketinggian juga dipengaruhi oleh faktor genetik.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.