Sulit
3 tahun
Cara pemakanan untuk meningkatkan ketinggian
Doctor saya lelaki 17 tahun tinggi 162, adakah pengambilan kalsium yang cukup boleh meningkatkan ketinggian saya?..macam mana pulak dengan zinc yang dapat meningkatkan hormon pertumbuhan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, zat kalsium adalah nutrisi penting untuk meningkatkan ketinggian dan zinc juga dapat bantu meningkatkan hormon pertumbuhan. Walaupun begitu, potensi peningkatan ketinggian berbeza untuk setiap individu. Sebab penutupan plat pertumbuhan tulang, lelaki biasanya ketinggian tidak akan meningkat lagi selepas usia 18 hingga 21 tahun.
Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.