Sulit
3 tahun
Cara menambah ketinggian badan dengan cepat
Saya lelaki. Berumur 18 tahun. Apakah cara yang paling berkesan untuk saya menambah ketinggian badan dengan cepat. Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, tumbesaran lelaki akan berterusan sehingga umur 25 tahun, bergantung kepada faktor persekitaran, permakanan dan juga waktu akil baligh. Kami sarankan anda untuk meningkatkan pengambilan kalsium yang mencukupi serta melakukan senaman tinggi seperti bergayut untuk membantu badan anda untuk tumbuh lebih tinggi.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.