Sulit
5 tahun
Badan tidak meninggi
saya berumur 16 tahun, tinggi saya 164cm.ketinggian saya ini berhenti ketika saya berumur 14 tahun. saya ingin megetahui masalah yang saya hadapi. dan saya ingin bertanya , adakah kegiatan masturbation membantut ketinggian remaja ? kalau benar, ada jalan penyelesaiannya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah anda:
- genetik
- ketidak seimbangan hormon
Bagi kaum lelaki, potensi tumbesaran boleh mencecah sehingga usia 20 tahun.
Pada pandangan kami, ketinggian anda masih dalam lingkungan normal untuk usia anda.
Aktiviti seksual yang anda nyatakan tidak menjejas ketinggian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.