Sulit
3 tahun
Ketinggian badan berubah-ubah
Saya perempuan berumur 14 tahun …saya nak tanya kenapa ketinggian saya berubah contoh pagi saya ukur 149 cm tapi petang turun sampai 146 cm… Sebenarnya ketinggian saya yang betul yang mana satu 149 atau 146 doktor… Saya patut percaya ketinggian saya yang mana satu? Mohon pencerahan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Menurut kajian, waktu paling tepat untuk mengukur ketinggian anda yang paling maksimum adalah pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal ini adalah kerana lazimnya apabila kita berbaring atau tidur, tulang belakang tidak tertindih/terbeban dengan graviti - yang menyebabkan tulang belakang sedikit termampat lalu ketinggian menjadi lebih rendah (namun tidaklah terlalu signifikan).
Umumnya ketinggian seseorang itu adalah bedasarkan beberapa faktor, antaranya termasuk:
- genetik / keturunan
- pemakanan
- kadar bersenam / eksesais
- kesihatan tubuh secara umum
- postur harian tubuh badan
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor? Pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.