amirdanialdathran
5 tahun
Pertumbuhan terbantut, susah nak tinggi
Saya berumur 17 tahun. Tinggi 163 cm. Ada tips untuk tinggi tak? Sebab dalam kalangan rakan2 saya yang paling pendek. Tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan individu akan mencapai tumbesaran yang statik setelah habisnya tempoh puberty tetapi ada yang dikecualikan. Tumbesaran individu bergantung kepada faktor gaya hidup dan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, selain daripada faktor genetic. Untuk memastikan anda mencapai tumbesaran yang sihat, anda boleh:
- mengamalkan gaya hidup yang sihat
- mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- menambahkan pengambilan vitamin D dan calcium
- mengamalkan posisi badan yang betul
Tuntasnya, apa yang penting adalah mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang selanjutnya mengenai isu ini, kami sarankan anda untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih