Sulit
3 tahun
Sampai umur berapa boleh tambah tinggi
Hai doktor saya nak tanya adakah umur 14 tahun masih boleh tambah ketinggian? Tinggi saya pula selalu berubah ubah contoh waktu pagi saya ukur 149 tapi petang dah 146…kenapa macam tu? Lepastu saya nak minta nasihat doktor senaman apa yang boleh tambah ketinggian saya sehingga 165 cm dalam masa yang singkat dan saranan doktor untuk melakukan senaman tersebut berapa kali seminggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara amnya, tahap ketinggian berkait rapat dengan usia seseorang mencapai akil baligh selain faktor lain yang mempengaruhi seperti jantina, keturunan keluarga, cara pemakanan dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak lelaki mencapai akil baligh berusia antara 10 hingga 13 tahun dan mengalami ketinggian yang meningkat antara 12 hingga 15 tahun. Ini bermakna peningkatan ketinggian terbesar berlaku kira-kira dua tahun selepas ianya berlaku pada kanak-kanak perempuan. Sebilangan besar ketinggian kanak-kanak lelaki berhenti meningkat pada usia 16 tahun, tetapi otot masih dapat terus berkembang.
Lazimnya antara senaman yang boleh mempengaruhi penambahan ketinggian termasuk:
- bergayut
- berenang
- merenggangkan otot
- lompat -skipping
Kekerapan senaman yang disyorkan adalah 3 kali dalam seminggu dengan jangka masa lebih kurang 15-30 minit untuk satu senaman. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukannya di luar kemampuan tubuh atau senaman yang terlalu intensif atau agresif tanpa rehat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.