izwanaziz20
2 tahun
Menambah ketinggian badan
Umur saya 22 tahun…boleh ke saya nak tambahkan ketinggian saya dengan makan ubat tinggi yang ada dipasarkan di media sosial ? Dan ubat itu ditulis mendapat kelulusan dari kkm…apakah kesan sampingan jika saya makan ubat itu
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada ubat yang boleh menambah ketinggian seseorang. Ketinggian adalah disebabkan faktor genetik dan interaksi dengan pemakanan. Faktor pemakanan adalah penting ketika awal usia kerana badan memerlukan nutient untuk tumbesaran termasuklah tulang. Apabila seseorang itu sudah mencapai usia 21 tahun, proses untuk tinggi akan terhenti kerana tulang panjang dalam badan sudah pun mencapai kematangan usianya. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan produk yang didakwa di media sosial yang mendakwa mendapat pengesahan KKM kerana terdapat banyak peniaga yang tidak sah diluar sana. Sekian.