Sulit
3 tahun
Ketinggian terbantut
Hello doktor saya singkatkan saya sudah ikut cakap doktor tapi masi juga tidak meninggi tetapi adik saya tinggi dan Ketinggian ibu saya ialah 167 bapa say 175 adik saya pula sekitar 170 kenapa dengan tubuh saya doktor
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai ketinggian anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ketinggian anda dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah genetik. Anggaran ketinggian anda boleh dikira melalui cara ini.
- Campur ketinggian ibu dan ayah anda.
- Tamah 13cm jika anda lelaki atau tolak 13cm jika anda perempuan.
- Bahagi angka tersebut kepada dua.
Angka tersebut adalah anggaran ketinggian anda.
Selain itu, ketinggian juga dipengaruhi dengan pengambilan makanan, tahap kesihatan, hormon dan tahap kecergasan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.