Sulit
3 tahun
Masalah ketinggian dalam kalangan remaja
saya umur 16 tahun. dari ting 1 hingga sekarang ketinggian saya adalah sama. tak ada penambahan. satu cm pon x ada. still angaka yang sama iaitu 145. apa yang perlu saya lakukan untuk menambah ketinggian saya. saya sangat tertekan dgn masalah ini sebab selalu diejek kerana pendek di dlm kelas…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tumbuhbesaran perempuan akan berterusan sehingga umur 15 tahun, bergantung kepada faktor persekitaran, permakanan dan juga waktu akil baligh.
Tiada ubat yang dapat meninggikan anda setelah anda mencapai ketinggian maksimum anda. Hal ini kerana tulang kita mempunyai sesuatu yang digelar epiphyseal plate di hujung tulang panjang seperti tangan dan kaki. Struktur ini akan menipis setelah bertahun-tahun anda membesar. Akhirnya, struktur in akan lenyap dan pembesaran longitudinal anda pun selesai.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.