Sulit
2 tahun
Ketinggian badan remaja
Saya seorang remaja berumur 16 tahun dan tinggi saya sekitar 165cm. Adakah saya masih berpeluang meninggi sehingga 170-175cm? Selain itu, Apakah aktiviti sukan dan pemakananan yang harus saya amalkan?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara amnya, tahap ketinggian berkait rapat dengan usia seseorang mencapai akil baligh selain faktor lain yang mempengaruhi seperti jantina, keturunan keluarga, cara pemakanan dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak lelaki mencapai akil baligh berusia antara 10 hingga 13 tahun dan mengalami ketinggian yang meningkat antara 12 hingga 15 tahun. Ini bermakna peningkatan ketinggian terbesar berlaku kira-kira dua tahun selepas ianya berlaku pada kanak-kanak perempuan. Sebilangan besar ketinggian kanak-kanak lelaki berhenti meningkat pada usia 16 tahun, tetapi otot masih dapat terus berkembang.
Lazimnya antara senaman yang boleh mempengaruhi penambahan ketinggian termasuk:
- bergayut
- berenang
- merenggangkan otot
- lompat (skipping)
Kekerapan senaman yang disyorkan adalah 3 kali dalam seminggu dengan jangka masa lebih kurang 15-30 minit untuk satu senaman. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukannya di luar kemampuan tubuh atau senaman yang terlalu intensif atau agresif tanpa rehat.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.