Sulit
2 tahun
Bersetubuh Dengan Wanita Tidak Dikenali Tanpa Memakai Apa Apa Perlindungan
Semalam saya bersetubuh dengan wanita yang tidak dikenali tanpa memakai ap² pelindungan… perlukah saya membuat ujian saringan HIV? Atau perlu kah saya membeli ubat Pre-Exposure Prophylaxis yang boleh mencegah HIV
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah :
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Kaedah ujian pengesahan ini amat tepat jika seseorang membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu, individu yang terdedah pada HIV sepatutnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat walaupun menggunakan kaedah ujian pengesahan.
Sekiranya anda masih bimbang atau ada persoalan mengenai HIV saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.