Sulit
3 tahun
Bisul mata banyak dan hampir 2 bulan tak henti nanah
Saya wanita 30thn, sy kena bisul ketika mgandung 36minggu. Mula kecil dan satu mata saya pecah lepas seminggu nampak jadi byk mata. Skrg luka bisul dh belubang besar. Dan nanah masing tak behenti kuar.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bisul. Untuk makluman anda, masalah kesihatan yang berikut boleh menjadi punca orang lebih mudah terdedah kepada jangkitan bisul ini:
- Kencing manis
- Masalah dengan sistem imun
- Nutrisi yang kurang baik
- Kebersihan diri yang kurang baik
- Pendedahan kepada bahan kimia yang keras yang boleh merengsakan kulit
- Ekzema
- Jangkitan MRSA
Panduan berikut boleh membantu mencegah bisul:
- Berhati-hati ketika membasuh pakaian dan tuala sekiranya ada ahli keluarga yang dijangkiti dengan bisul
- Membersihkan dan merawat luka kulit kecil
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Mengambil makanan yang mengandungi nutrien yang secukupnya
- Membasuh tangan dengan bersih sebelum merawat luka
Memandangkan masalah bisul yang anda alami adalah banyak dan bernanah serta hampir 2 bulan lamanya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih