
Sulit
3 tahun
Bolehkah appendix terjadi buat kali kedua
Salam sejahtera doktor. Pada tahun 2018 saya mengalami appendix dan dibedah. Tetapi sekarang, saya mengalami kesakitan yang sama dibahagian perut ketika saya mengalami appendix. Bolehkah appendix ini terjadi buat kali kedua? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengethaui penyebab rasa sakit seakan-akan gangguan appendix yang pernah anda alami apda tahun 2018. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya radang appendiks adalah keradangan akut pada saluran usus yang boleh mengakibatkan komplikasi yang serius sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera. Lazimnya ia dapat memberikan gejala seperti:
- Kesakitan mendadak yang bermula di sebelah kanan perut bawah.
- Kesakitan mendadak yang bermula di pusat anda dan sering beralih ke perut kanan bawah anda.
- Kesakitan yang bertambah buruk jika anda batuk, berjalan atau melakukan pergerakan yang lain.
- Pening dan muntah.
- Hilang selera makan.
Untuk pengetahuan anda, radang appendiks boleh berulang atas beberapa faktor. Fenomena ini dikenali sebagai relapse appendicitis.
Namun begitu, gejala yang dinyatakan itu juga boleh disebabkan oleh masalah serius yang lain seperti:
- Inflammatory Bowel Disease
- Irritable Bowel Syndrome
Oleh itu kami menyarankan anda agar segera merujuk ke hospital yang terdekat agar pemeriksaan lebih lanjut boleh dilakukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.