
Sulit
3 tahun
Cara hentikan kahak
Hi doctor.
Saya nak tanya macam mana nak legakan kahak apabila ada penyakit asma datang. Kahak brwarna putih tetapi selalu berlaku.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara cara-cara untuk menghentikan kahak adalah seperti berikut:
- Sering minum air suam
- Sekiranya kahak disebabkan oleh alergi tertentu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terdedah kepada punca alergi tersebut.
- Penggunaan ubat-ubatan seperti anti-histamine dan steroids
- Minum air yang dicampur dengan madu
Namun begitu, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.