
Sulit
3 tahun
Color rambut breastfeeding mom
Saya ingin bertanya bolehkan breastfeeding mom mewarnakan rambut sama ada iya mengunakan inai atau colour box dan jugak mengunakan bleach ? jika boleh apa kah kesan pada bayi dan susu ? boleh doc terangkan

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui tentang kesan mewarnakan rambut kepada bayi menyusu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penggunaan pewarna rambut semasa menyusukan anak (breastfeeding) adalah selamat. Walaupun data kajian adalah terhad, namun kajian menunjukkan bahawa bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut tidak dijumpa dalam susu ibu. Namun, kami tidak menyarankan anda untuk mewarnakan rambut sewaktu menyusukan bayi kerana bau daripada pewarna rambut boleh menyebabkan iritasi kepada bayi. Sekiranya anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak (obstetrician).