nuriena_baha
5 tahun
Darah nifas tak kering
Kakak saya berumur 33 tahun. Sebelum puasa dia gugur. Dr tak nak cuci dan suruh akak datang balik. Selepas 2 minggu akak pergi cek dr dan dr cakap sudah clear and tak perlu cuci. Tapi masalah sekarang darah belum kering. Hampir sebulan lebih darah masih keluar. Please dr bagi nasihat dalam hal ni.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya selepas keguguran, darah boleh keluar sehingga dua minggu. Sekiranya berlarutan atau terlalu banyak, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Antara punca pendarahan selepas keguguran adalah:
- Terdapat lebihan tisu uri di dalam rahim
- Terdapat masalah pada pembekuan darah
- Menghidap masalah seperti ketumbuhan di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang kakak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.