
Sulit
3 tahun
Haid lambat seminggu Dan ubat APA yang Harus sya ambil untuk haid teratur?
Hi,sya Nak tnya ubat APA yg sesuai kita ambil bila Haid lambat seminggu Dari tarikh sepatutnya.sya dah buat pregnant test Dan result nya negative.perut sya juga rsa tidak selesa.rasa mcm sengugut tpi haid Blum Ada.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan gangguan perut atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Namun buat sementara waktu, anda boleh cuba:
- mengekalkan berat badan yang ideal
- lazimkan bersenam atau eksesais sesuai kondisi tubuh
- mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- jauhi faktor yang mencetus stres
- perubahan pola makan seperti:
- jauhi makanan yang rendah karbohidrat & tinggi serat
- tingatkan pemakanan yang tinggi polyunsaturated fatty acid & tinggi kandungan folat
- lemak sayuran
- kacang
- ikan
- nenas
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!