Sulit
3 tahun
Kahak berdarah dan kadangkala akan berdarah sekiranya saya batuk atau terbatuk
Saya lelaki berumur 29 tahun mempunyai masalah kahak berdarah sehingga kini iaiti 5 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda sering menjumpai darah apabila batuk atau terbatuk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika darah tersebut sering didapati bersama kahak, ia mungkin berpunca dari salur penafasan atau jantung. Namun, jika darah dijumpai dengan sisa makanan, ia mungkin berpunca dari sistem pencernaan. Ciri-ciri darah serta simptom yang anda alami juga penting bagi mengetahui punca darah tersebut. Antara penyakit yang mempunyai gejala seperti anda alami adalah:
- Tibi
- Bronchiectasis
- Pulmonary embolism
- Pulmonary oedema
- Kanser paru-paru
- Kanser tekak atau salur penafasan
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang mempunyai simptom batuk berdarah. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar anda bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!