Sulit
3 tahun
Kebarangkalian untuk seorang lelaki dewasa untuk mendapatkan ketinggian yang lebih dan diinginkan yang sudah menjangkau umur 20 tahun
Dr,saya syafiq dari pulau pinang,saya ingin bertanya,bagaimanakah saya boleh menambahkan ketinggian badan selepas menjangkau umur 20 tahun.Saya ingin tambah sekurang-kurangnya satu inci
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, tumbuhbesaran lelaki akan berterusan sehingga umur 25 tahun, bergantung kepada faktor persekitaran, permakanan dan juga waktu akil baligh. Kami sarankan anda untuk meningkatkan pengambilan kalsium yang mencukupi serta melakukan senaman tinggi seperti bergayut untuk membantu badan anda untuk tumbuh lebih tinggi.
Kami tidak sarankan anda untuk mengamalkan pengambilan ubat untuk tinggi, tanpa konsultasi serta nasihat daripada doktor anda. Ubat tinggi adalah digunakan selalunya untuk pesakit yang mengalami masalah tulang atau masalah tumbuhbesaran yang boleh mengganggu kehidupan mereka.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.