ezani2607
5 tahun
Keluar darah selepas seminggu jalan pembedahan laparoscopy
Wife saya mengandung luar rahim dan selamat menjalankan pembedahan laparoscopy minggu lepas. hari ini ada keluar darah seakan period. adakah ia normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan besar perdarahan terjadi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Darah nifas
- Bekas luka jahitan
Bagaimanapun, sukar untuk ditentukan yang mana satu penyebab darah tersebut. Sebaiknya anda langsung merujuk ke doktor untuk masalah ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.