Sulit
2 tahun
Kencing bercabang ketika zakar ereksi
Doktor saya lelaki yang telah bersunat,tetapi bila zakar saya ereksi,air kencing saya seolah-olah ada dua saluran.Adakah keadaan ini normal atau tidak?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh tekanan pada uretra.
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.