
Sulit
3 tahun
Kerap mengantuk, masih mengantuk walaupun sudah tidur lama
Hi doc. Sy sering tidur lewat pada setiap malam, around 3-4 pagi. Kemudian bangun sahur dan solat, dan sy terus tidur smpai jam 12 - 1 tengah hari. Kadang-kadang pada jam 4 petang saya kembali mengantuk. Mengapakah sy mengantuk walaupun sudah tidur lama pada waktu pagi? Adakah kerana tidur lewat di waktu malam mempengaruhinya? Ataupun adakah sebab berpuasa? Sy ada baca article, kerap mengantuk juga disebabkan oleh PMS. Betulke doc? Sy mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, masalah mengantuk dan lemah badan boleh disebabkan oleh beberapa kondisi, seperti:
- Psikologikal
- Tidur yang tidak mencukupi dan tidak berkualiti
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Penyakit bipolar
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Hipotiroid
- Obstructive sleep apnea
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan kata yang tepat mengenai punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini untuk mendapatkan tidur yang cukup:
- Tidur pada waktu yang sama pada setiap malam
- Elakkan daripada menggunakan gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur
- Pastikan suasana bilik tidur selesa dan gelap
- Menyegarkan diri sebelum tidur
- Mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.