
Sulit
3 tahun
Kesan ubat rivaroxaban/ ubat cair darah
doc, ayah saya dah tiga minggu discharge dari wad. Ayah saya bekas covid stage 4. kami dapati ada ubat yang perlu beli sendiri di farmasi atas nasihat doctor hospital iaitu ubat cair darah. brand ubat tu ialah xarelto rivaroxaban 10 mg. Jadi, ayah saya tak makan ubat cair darah 2 minggu. sebelum ayah saya ambil ubat tu, berat badan bertambah dan selera makan bertambah tapi dah empat hari ayah saya ambil ubat darah cair tu berat badannya turun 5 kg. tapi selera makan tetap sama. Ayah saya kerap membuang air besar tapi dalam kuantiti yang sedikit. adakah itu kesan sampingan ubat tersebut? adakah kesan itu berbahaya?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa ayah anda telah mengambil Rivaroxaban. Kini anda ingin mengetahui kesan sampingan ubat tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, Rivaroxaban adalah untuk merawat masalah darah tersumbat. Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- masalah pendarahan
- sakit pada abdomen
- sembelit atau cirit-birit
- sakit kepala
- gatal satu badan
- tekanan darah rendah
Berikut merupakan senarai umum kesan sampingan ubat yang diambil. Memandangkan ayah anda mengalami kekerapan membuang najis, ia mungkin memerlukan perhatian daripada doktor.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.