
Sulit
4 tahun
Masalah gelisah dan tekanan darah naik
Selamat sejahtera doktor…saya berumur 25 tahun.Saya mempunyai anxiety dimana saya diserang serangan panik pada bulan Julai yang lalu.Saya dibawah pemerhatian doktor kerana tekanan darah saya naik tinggi setiap kali buat pemeriksaan di klinik.Setiap kali berhadapan dengan doktor perasaan gelisah dan takut membuak-buak menyebabkan heart rate saya 138 seperti org berlari dan tekanan darah naik tinggi 162/96.Sekarang saya mengambil ubat darah tinggi perindopril 4mg atas nasihat doktor.Bagaimana saya ingin hilangkan rasa gelisah dan takut bila berhadapan dengan doktor dan tips untuk bertenang kerana saya memeriksa tekanan darah saya dirumah 127/81 dan heart rate 70.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gelisah.
Untuk makluman anda, sekiranya gelisah ini hanya berlaku ketika berjumpa dengan doktor, ianya dipanggil sebagai ‘white coat syndrome’. Sindrom ini berlaku apabila seseorang sangat takut untuk berhadapan dengan doktor kerana terlalu risau akan apa yang akan terjadi pada dirinya. Sindrom ini akan mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku dan ia akan memicu kepada penyakit tekanana darah tinggi yang sebenar.
Beberapa cara yang anda boleh lakukan:
Relaks : Sekiranya anda gelisah, maklumkan kepada doktor atau jururawat untuk berikan masa anda bertenang sebentar sebelum tekanan darah diambil
Persekitaran: sekiranya anda tidak selesa dengan persekitaran klinik yang sibuk dan ramai orang, maklumkan kepada doktor untuk pindah ke bilik yang lebih senyap dan privasi.
Kawal pernafasan dan stres anda, tarik nafas dalam dalam beberapa kali dan tenangkan diri
Maklumkan kepada doktor hal sebenar yang berlaku pada anda
Penting untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini supaya mereka mengetahui cara rawatan sebenar.
Masih gusar dengan masalah darah tinggi? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.