Sulit
3 tahun
Masalah kekurangan zat
Saya mengalami masalah kekurangan vitamin B akibat diet ekstrim yang saya amalkan. Namun, saya sudah berhenti mengamalkan diet itu dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya juga mengambil vitamin B complex dalam dos yang kecil dan minima. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk bebas daripada kesan kekurangan vitamin B ini? Berapakah dos yang disyorkan bagi pesakit yang kekurangan vitamin B ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan setiap vitamin perlulah berpandukan daripada nasihat ahli farmasi ataupun doktor bertauliah, anda juga boleh merujuk pakej ataupun kotak vitamin tersebut. Kebiasaannya terdapat panduan ataupun arahan mengenai kadar pengambilan yang ditetapkan untuk setiap lapisan umur. Pastikan anda mengambil vitamin mengikut dos yang sepatutnya, elakkan pengambilan berlebih-lebihan.
Untuk makluman anda, berikut merupakan antara manfaat vitamin B.
- Vitamin B1 untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
- Vitamin B2 adalah untuk memastikan kulit dan mata kekal sihat
- Vitamin B3 bertujuan untuk menukarkan makanan kepada tenaga serta meningkatkan selera makan.
- Vitamin B5 membantu proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga. Juga berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
- Vitamin B6 diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
- Vitamin B7 penting dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga
- Vitamin B9 untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
- Vitamin B12 untuk melindungi sel saraf serta membantu dalam pembentukan sel darah merah
Namun begitu buat pengetahuan anda, vitamin ini juga wujud secara semula jadi dalam makanan anda. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran adalah lebih digalakkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.