
Sulit
4 tahun
Masalah kemaluan terdapat biji-biji gatal berwarna merah
Saya perempuan. Tiga hari lepas saya perasan terdapat biji-biji kecil berwarna merah di sekitar dalam kemaluan saya. Gatal dan sakit apabila tergeser. Mungkin disebabkan saya terlewat tukar pad semasa datang period. Adakah ini berbahaya? Macam mana cara rawatannya? Dan saya juga mahu minta pandangan doktor, sejak saya kecil (umur lebih kurang 1 tahun) abang saudara saya yang masih juga kecil telah menjolok lidi dalam kemaluan saya. Masa tu ibu saya tiada, hanya ada Tokma saya sahaja. Tapi Tokma saya menceritakan kejadian tersebut setelah lama berlaku. Jadi mama saya tak check hospital. Saya sekarang telah berumur 21 tahun dan sampai sekarang saya perlu memakai pad atau kain sebab dalam 15 minit akan terkeluar air kecil. Saya tak pasti air apa. Jadi saya nak minta pandangan doktor sekarang ni dan perlukah saya berjumpa doktor di hospital untuk x-tray atau sebagainya? Saya belum berkahwin lagi. Saya juga takut apabila saya kahwin nanti akan ada effect semasa bersalin atau sebagainya. Untuk waktu ini saya minta pandangan dari doktor dahulu. Terima kasih. Harap doktor balas. Semoga doktor dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
Untuk masalah air kecil yang terkeluar sendiri, memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti untuk memberikan kesimpulan yang sempurna. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.