Sulit
2 tahun
Masalah kencing sakit dan berdarah di hujung air kencing
hello doc, saya wanita berumur 20. saya ada masalah terhadap kencing saya. kencing saya tak kuning ataupun berbuih dan busuk seperti masalah yg saya search di google. tetapi ketika di penghujung kencing saya rasa sakit dan saya perasan terdapat setitik dua darah pudar. saya cuma rasa sakit ketika kencing dah nak habis
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit ketika kencing dan berdarah yang ibu anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang dalam saluran/pundi kencing
- Ketumbuhan dalam pundi kencing
- Masalah pendarahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.